Sunday, January 11, 2009

DAP bukan parti perkauman

An article by one Wan Hamidi titled "Mampukah DAP menbantu kemenangan Pakatan Rakyat" in The Malaysian Insider. What attracted me is not this article, but a comment with title 'DAP bukan parti perkauman' by 'Honest view'. I agree with the comment fully and reproduced here.

Saya berpendapat DAP bukan satu parti 'perkauman' walaupun kebanyakan ahlinya kaum Cina Malaysia. Kaum Cina Malaysia suka DAP kerana ianya satu parti yang berasaskan kepada 'meritocracy' atau 'kebolehan' seseorang yang tidak kira orang itu Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya, dan tidak kira orng itu berugama Islam, Buddha, Christian, Hindu atau tidak berugama langsung.

Oleh itu, adalah tidak berasas jika orang kata DAP adalah parti Cina atau berbau perkauman. Kalau anda membuat analisa, ahli parliament India Malaysia dari DAP adalah lebih ramai daripada BN, dan ini bukan kerana kuota, ini kerana orang-orang yang terpilih adalah 'berkebolehan'. Selain daripada itu, orang Melayu yang dihormati seperti Tunku Aziz telahpun memilih DAP sebagai parti yang sesuai dengan pemikirannya. Encik Haris Ibrahim, orang Melayu yang sangat dihormati saya, juga kata kalau beliau nak jadi orang politik, dia akan memilih DAP.

Contoh-contoh yang demikian adalah bukti yang ternyata mengapa Encik Lim Guan Eng sungguh diminati dan dihormati orang-orang Malaysia, termasuk orang Melayu.

Pemikiran orang-orang Malaysia sudah tidak kolot. Kami boleh menerima 'meritocracy' sebagai asas membangun negara. Pilihanraya kecil Kuala Trengganu pada 17 Januari, 2009 adalah mesej yang kuat untuk Umno dan BN supaya berinsaf akan polisi-polisi mereka yang kolot dan tidak membawa kemajuan tulin kepada Malaysia.